Bila Mata Sakit....eee..takutnyee

Artikel ni aku ambik dari sebuah laman web...

Pengenalan
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan, jangkitan bakteria dan tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata.

Tanda dan gejala.
Gejala-gejala konjunktivitis termasuklah mata merah, discaj atau pengeluaran cecair atau lender dari mata, mata terasa pedih dan kadangkala gatal serta sensitif terhadap cahaya. Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-duanya.


Komplikasi
Sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang lebih serius dari konjunktivitis. Jika ini berlaku anda dinasihatkan segera berjumpa pakar oftalmologi.


Bila Kornea luka

Kornea merupakan lapisan mata yang paling luar. Ianya jernih, permukaannya berbentuk kubah yang menutupi bahagian hadapan mata dan ianya membantu mefokus cahaya ke atas retina. Di sebabkan kornea merupakan lapisan yang paling luar, maka ia mudah tercedera akibat bendasing yang masuk kedalam mata. Kecederaan kornea biasanya berlaku akibat kemalangan semasa bekerja seperti serpihan kayu atau besi yang masuk ke mata, atau kotoran ketika memotong rumput. Ia juga biasa terjadi semasa kecederaan sukan(jari tercucuk mata),atau serpihan kaca yang memasuki mata ketika kemalangan jalanraya. Walaubagaimanapun ia terjadi, kecederaan kornea menyebabkan kesakitan dan menjejaskan penglihatan.

Kornea yang luka menyebabkan kesakitan yang teruk. Biasanya, pesakit yang mengalami kecederaan sebegini sangat sensitif terhadap cahaya (fotofobia) dan mengeluarkan air mata berlebihan.


Komplikasi
Luka pada bahagian kornea ini memerlukan rawatan yang rapi. Bila kornea luka, maka tiada lagi lapisan yang melindungi mata dan memudahkan jangkitan kuman berlaku.

Lapisan kornea boleh sembuh semula jika kecederaan tersebut adalah sedikit. Sekiranya luka tersebut lebih dalam, proses pemulihan mengambil masa yang lebih panjang. Selepas pemeriksaan yang teliti doktor mungkin akan memberi antibiotik (ubat titis atau salap) untuk menghalang jangkitan dan penutup mata digunakan untuk mengurangkan stress dan sensitiviti kepada cahaya.
Luka yang dalam menyebabkan kornea berparut, menjadi berkabut dan menyebabkan penglihatan terjejas dengan teruk. Dalam kes ini, pembedahan kornea atau pemindahan kornea mungkin diperlukan.

Pencegahan
Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi alat solek. Ianya boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas demam selsema atau jangkitan pada saluran pernafasan kerana virus yang menyebabkan selsema juga boleh menyebabkan konjunktivitis
Maka, langkah pencegahan yang paling penting adalah dengan membasuh tangan. Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata. Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala konjunktivitis. Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat kosmetik. Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk sementara waktu. Dinasihatkan mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lainAntara penyebab keadaan ini termasuklah lapisan kornea yang luka.



3 comments:

**Yatie** said...

takut!! ni mata ko ker masa sakit ritu?? oii ader tag hang kena jawab..kat blog aku..jawab yor..

**Yatie** said...

testing2..

Nurezail said...

xdela...ni aku ambik kat internet...aku sendiri takut nak tengok mata aku...mcm mana nak ambik gambar

 
Copyright @ 2009 Nurezail's Blog | Design By: safarina | Screen Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox

----TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI----