Yea...Yea Petang ni balik kampung..

Gembira tak terkata rasanya...coz petang ni aku nak balik kampung...jumpa orang2 yang aku sayangi....dah lama tak balik...last balik pun awal bulan 3 tempoh hari..mm..nila wajah orang yang aku amat aku rindui...


dan sememangnya balik karang...aku ade suprises untuk my mom....i love u so much...kasih sayang yang dicurahkan memang tiada tandingan....mmmuaaahhh...

Gempa Bumi

Gempa bumi lemah landa Manjung, Perak

KUALA LUMPUR: Penduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada jam 9.35 malam tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu.

** Tula..sape suh buat konsert kat situ....berduyung-dunyung plak tu orang pergi..difahamkan hampir setengah juta yang pergi...ini sudah mengalahkan ceramah agama....nauzubillah..mungkin ini adalah satu peringatan untuk orang2 perak termasuk diri aku sendiri**

Semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa kita semua...Amin

Ping Pong

penatnya aku tapi seronok...semalam main ping pong dapat kalahkan sam...2 sama tuh.....selalunya kalah jer..wah..peningkatan yang membanggakan...cayalah...

Tentang Aku

Berbalik kepada post sebelumnya...Sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana mengurniakan aku seorang suami yang sangat menyayangi aku, baik, bertanggung jawab, ambil berat terhadap aku dan selalu menyebelahi aku dalam apa jua perkara..sampai mak aku sendiri cakap susah nak cari lelaki yang macam ni...yerla dengan perangai aku macam ni...aku suka sakitkan hati dia...aku tau yang dia x bagi aku aktif bersukan, takut mencederakan diri sendiri..tapi aku selalu duk desak dia...x bagi g kursus coz xleh nak berenggang dengan aku..dia cakap kat aku nanti sape nak temankan dia...tapi bila difikirkan balik..betul jugak apa yang dikatakannya...cuma aku aje yang degil dan keras hati n suka cari gaduh...sorry ye abg...kalo lelaki yang xleh sabar dah lama dah kena tinggal n kena belasah...heheehheh....aku ni sebenarnya seorang yang gila2 sikit...gila ke aku..xdela gila yang macam kat tanjung rambutan tu....gila2 pun tapi hati baik..(kembang kuncup hidung aku)...yela..sape nak puji lagi kan melainkan diri sendiri...wahwahwah...hanya orang yang betul2 kenal je yang tahu macam mana perangai aku...kebudak-budakan...umur semakin meningkat..perangai x berubah lagi..bila ntah nak berubah...aku pun x tau..mmm...whatever aku bangga jadi diri aku...buruk baik aku...aku tetap aku...tapi kepada siapa yang x mengenali aku...automatik orang akan cakap aku sombong...(coz dah ramai orang cakap) sebab aku ni pendiam dengan orang yang baru dikenali...aku tak reti nak tegur2 orang dulu...aku bukan peramah macam cik suzie..(sorry ye cik suzie..masukkan nama cik suzie dalam blog ni)..nanti i bayar royaltinya..hahhahahaha....aku juga seorang yang suka cakap perkataan bodoh, bengong...ntah kenapa..slalu terkeluar dari mulut aku yang x berapa nak celupar nih...kepada sesiapa yang terkena tu harap maafla ye..x sengaja..yang pasti adik n sam selalu kena...hahahhahah...sorryla..sape suh wak lawak bodoh...kan dah kene balik...hari ni sam agak kurang ajar dengan aku...ade ke dia cakap bunyi nyamuk lagi baik dari suara aku...hhmmm....memang tidak patut....nak kena dia nih...

nak citer sikit je tadi...tapi lama-lama makin meleret plak...hope korang x cepat boring dengan citer2 aku yang ntah apa-apa nih...


Derita Yang Mengundang Bahagia

Kepada Kak Ida n sape2 la yang mengalami masalah sebegini..
Baca artikel ni dan anggap ni sebagai salah satu motivasi...

Kisah ini berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Muar, Johor. Puan Salmah (bukan nama sebenar), kalau sekali pandang pada raut wajah yang tenang dan lembut itu, tentu kita tidak sangka beliau pernah menanggung penderitaan yang amat hebat.Segalanya bermula selepas dia dikahwinkan dengan seorang pemuda pilihan orang tuanya di kampung tersebut.

Pada awal perkahwinan mereka, rumahtangganya aman dan harmoni. Tetapi sejak kelahiran anak sulung, suaminya mula berubah sikap. Suaminya itu menjadi seorang penagih dadah dan banyak menghabiskan masanya bermain judi. Bila kalah berjudi, dia akan pulang ke rumah dan meminta duit daripada isterinya. Kalau tak diberikan, dia akan dipukul, disepak dan diterajang tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Begitulah setiap hari dilaluinya dengan perasaan takut, cemas dan menderita mengenangkan nasib diri serta keluarganya.Akhirnya kerana tak tahan melihat penderitaan Salmah, ibunya menyuruh suami Salmah menceraikannya. Salmah pun diceraikan dan pulanglah dia ke rumah ibunya.

Tidak lama selepas penceraian itu, datang pula seorang pemuda melamarnya. Kalau diikutkan rasa hati, dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan masa depan anaknya, dia bersetuju.Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki yang diharapkan dapat membela nasibnya, rupa-rupanya menjadi pengikis hartanya pula. Nasibnya tak ubah seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Suami keduanya juga panas baran dan suka main perempuan. Seringkali dia menjadi mangsa sepak terajang kerana tak mahu memberinya duit. Sehingga lembik tubuh dikerjakan, barulah dilepaskannya.

Saban hari begitulah nasib yang akan diterimanya. Badannya semakin kurus, matanya cengkung, mukanya pucat dan badannya sudah tak bermaya lagi. Tubuhnya calar-balar dipukul dengan kayu ataupun penyangkut baju. Tak terkata betapa hancur hatinya ketika itu. Namun dia sendiri pun takut untuk mengadu kepada sesiapa. Pernah dia mengadu pada jirannya, bila suaminya dapat tahu, lagi teruk dia dibelasah.

Sejak hari itu dia tak berani lagi mengadu pada sesiapa pun.Tetapi dia masih ada tempat pergantungan. Di sanalah dia mencurahkan segala penderitaan batin yang ditanggungnya selama ini. Seringkali dibisik-bisikkan pada dirinya; walau berat mana pun penderitaan yang ditanggungnya, masih ada lagi orang di dunia yang nasibnya lebih buruk lagi. Itulah saja yang diulang-ulangkan demi memujuk hati yang remuk itu.Pasti Allah tidak sezalim itu untuk membiarkannya sebegitu.

Tentu ada sesuatu yang berharga di sebalik penderitaan yang ditanggung selama ini. Saban malam sewaktu suaminya keluar berfoya-foya dengan perempuan lain, Salmah sujud mencurahkan rasa hati pada Allah s.w.t.. Dia rasa tenang, dapat berbisik-bisik dengan ‘Kekasih’nya tanpa diganggu. Tidak pernah dirasakan ketenangan yang sebegitu rupa dalam hidupnya. Tenang kerana dapat tempat yang sewajarnya. Dia dapat rasakan cintanya berbalas.Kini barulah dia memahami apa erti di sebalik kisah hidupnya yang terlalu tragis itu. Mengapa dua kali dia dipertemukan dengan suami yang panas baran? Rupanya, Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya).

Kepada isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah seperti puan Salmah ini ataupun menderita akibat dimadukan oleh suami, jadikanlah penderitaan puan Salmah ini sebagai iktibar.Sejak hari itulah puan Salmah mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Selama ini dia terlalu jahil dalam selok-belok agama.

Mungkin kerana kegagalan memikat hati suami menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.Setiap kali belajar agama, dia cuba mengamalkannya. Setiap kali suaminya pulang ke rumah, dia sudah bersiap dengan pakaian yang mengghairahkan, senyuman yang manis dan bersedia untuk memenuhi hajat suaminya. Suaminya terkejut besar melihatkan perubahan pada isterinya itu. Macam-macam dikata pada isterinya. Buang tabiatlah, sengaja nak gunakan ilmu sihirlah dan berbagai-bagai lagi dikatanya. Tapi Salmah tetap melayani suaminya seperti mana yang dipelajarinya.Walaupun dia telah berusaha memujuk suaminya, namun suaminya masih tergila-gilakan perempuan jalanan yang mengikis poketnya dari melayani isterinya di rumah. Bagi Puan Salmah memanglah tidak semudah itu seseorang boleh berubah.

Walau bagaimanapun dia masih tetap bersabar dan memberi masa untuk suaminya berubah. Dia yakin suaminya juga sedang membuat perubahan diri. Buktinya suaminya sudah kurang memukul, menerajang mahupun menamparnya sejak kebelakangan ini. Kalaupun dia marah, dia akan terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai dua tiga hari.Walaupun puan Salmah mengetahui suaminya masih ‘main perempuan’, tapi bila tiap kali suaminya pulang ke rumah, dia akan berhias untuk suminya, berwangi-wangi dan melayan suaminya dengan manis muka. Sampaikan ibunya turut memprotes, “Kau ni dah gilakah? Apalah yang engkau layan sangat suami yang curang begitu. Dia bukan sayangkan engkau lagi. Dia tak heran dengan layanan engkau tu. Di luar pun dia boleh dapat lebih dari itu.”“Biarlah dia buat begitu. Dia kan masih suami saya. Saya wajib melayaninya dan taat padanya. Dosa yang dibuat tu, itu antara dia dengan Allah.”

Begitulah saban hari dilayani suaminya sehinggalah akhirnya suaminya berubah hasil kesabaran dan akhlaknya itu. Sewaktu pihak kami menziarahinya, masih kelihatan parut-parut di tangannya, tapi dia cuba melindunginya kerana tidak mahu kami melihatnya. Dia juga tidak mahu gambarnya diambil.Bila ditanya apakah rahsianya boleh melayani suaminya walaupun mengetahui perangai buruknya itu, dengan selamba dia menjawab, “Saya terhutang budi padanya. Kerana sikapnya itulah saya mendapat hidayah dari Allah.”Begitulah sebuah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Masih ada lagi wanita yang berjiwa besar seperti Siti Asiah, sanggup bersabar menghadapi suami yang zalim. Walaupun mungkin penderitaannya tidak seberat penderitaan yang ditanggung oleh Siti Asiah yang berhadapan dengan kejahatan Firaun yang menghukum bunuh sesiapa yang tidak sujud padanya. Bagaimana dengan wanita-wanita hari ini yang bergelar isteri-isteri?

Ramai wanita yang bertuah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Sepatutnya setiap wanita mensyukurinya, jangan pula hanya pandai merungut, memendam rasa dan sering bermasam muka bila berdepan dengan suami. Tepuk dada, tanya iman.

Wallahu a’lam.

Games Worm 3D


Malam tadi aktiviti aku dengan my hubby adalah bermain games worm 3D...games ni seakan-akan game worm armageddon..tapi worm armageddon lagi best....tapi xleh install plok...mmm...layan je la worm 3D ni


Aktiviti Hujung Minggu-Manjung/Lumut

Hari Sabtu lepas my hubby ajak balik umah mak mertua kat manjung perak, ade keje sikit....lebih kurang kul 4 kitaorang bertolak dari rumah...





kitaorang sampai lebih kurang kul 8 lebih...dengan niat hati lepas ni nak tengok AF....nak tengok si hafiz nyanyi tapi x kesampaian coz abah nak tengok bola...Kelantan vs Selangor... sempat tengok aril n akim perform je...yang lain x sempat nengok...frustnye...pastu aku apa lagi...ambil lap top lah...boring nak tengok bola...kebetulan anak2 buah aku datang lak masa tuh..apa lagi...kena kacau ngan dorang la...tersentap jugalah aku bila akak cakap seolah-olah memerli aku...dulu ayah dia bagi je dia main lap top...yerla time aku x bagi... pastu aku terus tutup la lap top...n buat muka ketat jer...biarlah apa orang nak kata....dan keesokan harinya..g lumut plak...kebetulan masa balik time ni ada jom heboh plak kat sana..Ramai gila orang...nak parking bukan main susah lagi...jauh nung kena parking...pada mulanya aku xnak pergi coz memikirkan kena jalan jauh...laki aku lak merajuk...coz dia teringin sangat nak tengok kapal TLDM..siap cakap kat aku kalau aku ajak dia g mana2..dia xnak layan aku lagi...mmmm...aku wak tak tahu je...masa on the way patah balik...terjumpa plak parking...kira dekat lah dengan karnival tu...apa lagi..cepat2 parkingla..n tercapai jugak hajat laki aku nak pergi tengok kapal tu...ni dia gambar aku sepanjang berada di karnival berkenaan...


Tengok tu bukan main lagi...mende yang laki aku pegang tu adalah starburst....selama ini aku keje...terima permohonan dari mindef...perolehan senjata...x tau mcm mana rupa bentuk...hari ni baru boleh tengok semuanya....teruja...





yang aku pegang ni adalah M4 Carbine yang dibeli pada tahun lepas menggantikan styer...seronok aku dapat pegang yerlah biasanya tengok atas kertas je...terima permohonan je..kali ni depan mata....








Lepas tengok mende2 alah ni semua...aku g gerai jom heboh plak...alamak banyak nye debu...dahla panas...kejap je pergi terus balik..sempat lah jugak ambil gambar2 artis ni


Terima Panggilan Dari Member lama...

Malam Semalam...Aku ada terima call dari member lama...eee..seronoknya..masih ade orang ingat kat aku walaupun dah 20 tahun berlalu...aku kenal dia masa darjah satu lagi...kita orang berjiran dulu...n sekolah di tempat yang sama...ayu namanya...kini dia pun dah bekeluarga...2 orang anaknya...n aku belum ada rezeki lagi nak menimang cahaya mata...xpe sabar...ada rezeki aderlah tuh....apa yang penting kerjasama (Lagu Wonderpets)....

Terima MMS


Petang tadi waktu nak balik keje...aku ade terima mms..x tau lah dari sape...yang pastinya dari akak atau abg ipar aku coz bila buka je mms tuh... tengok gambar amirul...ee geramnya...dan bila diamati lama-lama...macam ku kenal baju yang dipakainya...baju yang aku bagi ari tuh rasanya...mmm comel....

Jenguk2 Blog

Tadi masa aku duk menjengah blog misslily..ternampaklah entry n gambar ni...alamak macam kenal jer....A'aa yerla gambar aku...hehhehhehe....


dan entry berbunyi begini ...OleH sebab mislily dah pandai ckit2 nak edit gamBaR2 ni, misLily nak ucapkan terima kasih.
Terutama sekali kepada Admin blog russallia dan Admin Blog Nurezail.
Terima kasih banyak2 diatas sebarang bantuan yang dihulurkan.
Aku sayang korang, nurezail walaupun kita tak pernah jumpa lagi tapi dah macam 100 tahun kenal. (mcm dah tua jerk kita ni nurezail??)
Untuk russallia walaupun kita baru kenal, tapi dah banyak ilmu yang aku dapat...waaaaa... sedih aku
(apasal plak aku yang bagi ucapan ni)
Untuk korang berdua

Teruskan Berblog sampai bile2!!!!

kepada misslily....ade masa panjang umur n jika diizinkan kita jumpa yer...tak pun kalau umah saya ada buat event apa kt umah...saya akan jemput n datang..jangan x datang...hehehhehe

Majlis Jasamu Di Kenang

Hari ni kat ofisku ada jamuan..majlis jasamu dikenang...untuk meraikan 4 orang yang telah bertukar ke seksyen lain tapi masih lagi di bahagian yang sama...Ketua seksyen iaitu en. Wan Omar telah ditukarkan ke Seksyen Multimedia..Masa dia bagi ucapan semalam...rasa pilu hati ini...yerla...baru nak rapatkan hubungan silaturahim..dah kena tukar...




dibawah ini adalah Yan P.A nya mesti ikut Bos ke mana aje bos pergi...so dia terpaksa tukar sama lah..

tengah baca kata-kata azimat dari warga bekalan...ehh dah baca nak bergambar lagii...kali ni dia nak bergambar ngan dato' fauziah lak...kalo korang nak tau...yang tudung putih ni adalah dato' Fauziah, SUB kita orang....

Cam adik beradik....


ini pula fauzi...dah dekat sebulan tukar ke unit P.U...baru hari ni diraikan...sorryla yer fauzi...kitaorang sebenarnya tunggu ramai2..sambut sekali...save bujetla katakan...


Dan yang terkejutnya si Teh ni pun kena tukar...alahai x berbaloi langsung...xpelah Teh,,,banyak2 sabar ek...yang penting kitaorang masih lagi kat sini....nak jumpa kitaorang...turun jer kat bawah...jangan lupa bawak gosip yang hangat2 yer...hehhehhehehehe...ni dia teh...


Hai Teh...terkejut bagai terkena kejutan elektrik..x tahannya tang muka yang kena...yang lain ok lak....tapi tang badan tu cam kenal je...ni teh jelmaan ke teh apa...x kirala teh apa pun..teh ais ke, teh 'O' ke..teh susu ke...yang penting badan tu mcm badan aku...badan aku ke?...tapi kenapa badan aku ade kat situ lak...hanya orang yang berada di tempat kejadian jer yang mengetahuinya...hehehheh...sungguh mistik...

jeng...jeng...jeng...yang tudung purple ni adalah KS baru kitaorang...Puan Siti Fatimah....boleh tahan orangnya...

dan yang pakai kot hitam ni lak..TSBPK(O) baru kita..en..Hash..menggantikan Dato' Mad ..


Tag For Speed Test..How Fast Are You?

Tag ini ditujukan kepada kawan-kawan blogger aku especially **yatie** (coz ni dia nyer idea soh tukar entry ni sebagai tag) tak lupa juga buat adik, misslily, kak teh, yan, sepoh, dan siapa2la yang menjegah blog aku ni..
Cuba uji dan lihat sejauh mana kepantasan anda menaip..sila klik sini untuk mengujinya...dan kita tengok siapa yang paling pantas menaip..hehheheh....anggap ni sebagai pertandingan yang xde hadiah hehhehehheh....



ni hasil keputusan ujian yang aku dah buat..aku dapat capai 37 perkataan je dalam seminit...so, anda pula bagaimana??...cepat2... lakukannya segera...dan post ke dalam entry blog korang...kita tegok sape yang paling terror menaip...

Background Image Pada Post

Atas permintaan seseorang...Hari ni aku nak ajar cam mane nak buat background image pada post...
mula2 pegi kat layout pastu g kat edit html... cuba cari code ni...

.post-body {
margin:0 0 .75em;
line-height:1.6em;
border-top: 1px $bordercolor;
border-bottom: 1px $bordercolor;


Di bawah border bottom ni. letakkan code di bawah

background:#000000 url(http: bla bla bla...carilah url image anda yang anda nak);
background-repeat:no-repeat;
background-position:bottom right;
background-attachment:scroll;
}


Nota: #000000 code untuk colour hitam..kalo anda xnak background colour hitam...tukar dengan code calour lain...nak dapatkan code colour..sila klik sini

Selamat Mencuba

Malam Yang Boring....

Apa aku nak buat ek...boringnye rasa...laki aku pun x balik lagi..makanan pun dah siap masak...nak chat ngan adik aku...adik aku x online plak...mmmm....kalau x...boleh aku web cam ngan family aku especially mak n ayah aku...rindunya aku pada family...rasa nak balik sekarang gak...tapi apakan daya...mmm....

Yuuuhooo...Broadband aku dah leh guna...

Seronoknye...aku dah boleh guna broadband celcom ni..setelah 5 hari menunggu...hari ni baru dapat guna...biasalah.. beli kat pc fair...murah memang murah tapi macam nila...nak kena telefon selalu orang tu...nak kena marah2 dulu baru boleh dapat..maklumlah ramai orang yang beli kat pc fair tuh..tu yang lambat sikit kot...boleh tahan la celcom ni...laju...kalau nak dibandingkan dengan maxis...maxis slow tapi kalo yang 100 lebih tu mungkin laju sikit la kot...aku pakai 68 inggit je sebulan cuma modem dia la mahal sikit.

Cara Menghilangkan Navbar

Kalo korang perasan...kat atas blog title tu ade satu navbar...ada orang suka mende alah tu..dan ada yang x suka..so, kalau x suka..senang je...ikuti langkah2 di bawah ni...

pergi ke edit html..cari code di bawah:

Blogger Template StyleName:
Minima Black Designer: Douglas Bowman
URL: www.stopdesign.com
Date: 26 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
Modified By: Nurezail
URL: http://nurezail.blogspot.com
Date: 17/Mac/2009
-----------------------------------------------

*/#navbar-iframe {display: none !important;}

/* Variable definitions
====================

Nota: letakkan code ni */#navbar-iframe {display:none !important:} di atas /*Variable definitions..contoh seperti di atas

Kepada Miss lily

untuk membuat top commentor...just coppy code di bawah dan paste kat page element


nota:yang bertanda bulat tuh...tukar kepada url anda...num ikut suka la nak letak berapa...n nama tuh...letak lah nama korang bagi mengelakkan nama anda termasuk dalam top comentor...

selamat mencuba



PC fair

sabtu lepas aku g pc fair...ramai gila orang..berbagai bangsa...ni yang lemah semangat...ngan bau ketiak,eee..memang lemas la duk dalam tuh...menyesal pun ade...aku nak pakai broadband celcom...so pg la beli...balik2 umah nak install modem tuh...lap top buat hal...dah kena restore semua balik...benci nyer...tak puas hati...pegi la balik hari ahad tuh...sebab aku tau ni memang berpunca dari modem tuh...cuak gak..ingatkan lap top aku problem...pegi2 kat tempat tuh..dahla ramai gila..lebih ramai dari semalam...baru dia nak bagi tau yang lap top acer x ngan ngan modem tu...hampeh tul...pastu dia bagi CD...suh install satu lagi software...tengah2 bersembang dengan technicion tuh, aku macam dengar orang panggil aku...aku buat x tau....mungkin orang lain kot...last2 makin kuat dengar jeritannya..aku pun tertoleh..ohh rupanya mej. kahar...dia pun baru nak register celcom broadband gak..pastu dia tanya la hal2 opis,, tanya siti, nida,fiza n mej. maz...itu ajer...dia tanya ape masalah aku...aku pun cakapla modem tu tak ngam ngan acer..memang menyesal la pegi...murah tu memang murah...beza harga ngan lowyat dalam RM100...tapi ni la...bermasalah...

Tengok tuh samapi terduduk orang dibuatnya....


haahhhaha sempat ambik gambar mej..masa dia tengah register....sorry yer mej...

Download Lagu Duet Konsert Ke-5 AF7 Disini


Minggu Duet

Dalam Diari Akademi Fantasia hari pertama minggu kelima yang disiarkan malam tadi kita dapat melihat reaksi pelajar apabila mendapat tugasan untuk konsert minggu kelima. Untuk minggu ini, pelajar diberikan lagu-lagu duet popular. Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini

PELAJAR LELAKI

AKIMJika Kau Tiada (Yusry/ Erra Fazira)
QHAUD Di Bius Cinta (Yusry/ Melly Goeslow)
HAFIZ
Terlanjur Cinta ( Rossa/ Pasha/ Ungu)
ARIL
Aku Dan Dirimu (Ari Lasso/ Bunga Cinta Lestari)
YAZID
Terharu (Jamal Abdillah/ Mawi)
SIDI -
Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense/ Tirta Feat. Noe Letto)

PELAJAR WANITA

CLAUDIAKau Muzik Di Hatiku (Jaclyn Victor/ Vincent Chong) * sorry la lagu ni aku x dapat cari n xde dalam store aku...

ISMA Kau Mawarku (Datuk Siti Nurhaliza/ 2 By 2)

AISHAH Dua Hati Jadi Satu (Dafi/ Gita Gutawa)
LAGU BONUS -
Lucky (Jason Mraz/ Colbie Caillat)


Namun, persoalan adakah pelajar akan berduet sesama mereka atau berduet dengan penyanyi asal belum diputuskan tapi aku suka bila hafiz dapat lagu terlanjur cinta tuh..lagu tu best sangat....

Selalu Mengalah

video


jelaskan padaku isi hatimu
seberapa besar kau yakin padaku
untuk tetap bisa bertahan denganku
menjaga cinta ini

pertengkaran yang terjadi
seperti semua salahku
mengapa selalu aku yang mengalah
tak pernahkah kau berfikir
sedikit tentang hatiku

mengapa ku yang harus selalu mengalah
pantaskah hatiku masih bisa bersamamu
jelaskan padaku isi hatimu
seberapa besar kau yakin padaku
untuk tetap bisa bertahan denganku
menjaga cinta ini
mengapa selalu aku yang mengalah
tak pernahkah kau berfikir
sedikit tentang hatiku
mengapa ku yang harus selalu mengalah
pantaskah hatiku masih bisa bersamamu
Lagu ni dihadiahkan oleh my asben sempena pertengkaran kecil semalam....uwaa sedihnya...sorry abang...

Majlis Cukur Jambul Vs Birthday

4 April 2009...aku berada kat perak..coz ade majlis cukur jambul anak buah aku..lahir bulan 2 itu hari..namanya putera amirul azri...amboi nama cam anak raja...hehehhehe....ok la hari tu..nak kata penat xdelah penat.. coz bukan aku yang masak...keje aku cuma makan je...dari pagi sampai lah ke petang....asyik makan je..bila badan naik...tau lak bising mulut ni...tapi time makan x ingat...sampai orang panggil aku tong sampah...hampeh tul..sape la orang itu gamaknye...mmmm...




ni dia puteranye.....





n sebelah petangnye...selepas selesai majlis...kitaorang sambut bithday anak dayah plak...zakuan...pejam celik2 dah setahun umurnya...sekejap jer masa berlalu...





Glamour tul spangebob ni.....




Happy belated birhday zakuan.....


 
Copyright @ 2009 Nurezail's Blog | Design By: safarina | Screen Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox

----TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI----