Hari ni & Semalam

Hari ni, macam semalam... sekali lagi aku rasa berat mata sangat nak pergi kerja. Rasa tubuh badan ni macam kena gam kat tilam tu. Pagi-pagi je kat mata ni bertahi je...susah nak celik...nak bangun...mmm..malasnye nak g kerja.. Padahal kalau duduk rumah pun bukannya ada benda yang aku buat. Laki aku kerja. TV pun aku rasa macam nak buang ke laut jer...ASTRO ni...dah la bayar bulan2..siaran teruk..asyik2 not available..pastu siaran duk ulang2...naik menyampah aku...tapi bila teringat je blog yang aku nak update..terus je cepat aku bangun..buat masa ni PC la jadi sahabat paling kamceng aku di ofis... Makin lama aku makin dah diserang wabak ‘Terlampau Rajin dengan menulis Blog ni’ yang agak serius juga. Seribu ayat pun aku sanggup menulis dalam blog ni berbanding dengan kerja seharian..

Teruk betul... aku rasa betul-betul teruk sekarang ni, balik-balik laman blog juga yang aku kejar, kadang-kadang duk teringat-ingat. Kadang-kadang pejam mata pun, ader je idea aku untuk hiaskan aku nye blog ni. Sekali fikir pulak aku dah jadi macam orang gian, gian kat mende merapu tu. Sama jugak waktu main games..penahan games plak lagi aneh, selagi tak menang selagi itu aku tak berhenti. Sampai berjam-jam lamanya. Takkah aku sedang membuang masa dan mensia-siakan masa yang aku patut gunakan untuk kerja-kerja yang berfaedah. Nasib baik time otak aku tengah gila ni..bos aku cuti..kalo x...tapi aku akan pastikan kerja aku siap..sebelum aku buat mende yang x berfaedah ni..Tapi ade jugak orang yang suka dengki ...ader ke dia kata.."sempat lagi buat blog "xde kerja ke"..panas jugakla..yelah..kita buat...tapi keje tetap kita utamakan..Harap2 orang sekeliling jangan pandang kita sebelah mata je..pandang dengan dengan 2 biji mata atau 4 biji mata..kalo x nampak lagi pandang dengan mata hati...aku x berani nak kata orang...sebab aku pun sama main game, bukak youtube, download lagu..yahoo mail..semua2la berkaitan internat..tapi aku tak kata orang sebab aku fikir..aku pun buat mende tu...tapi dia berani kata aku...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tengah seronok aku nak menulis...ade meeting plak...aduih...kacau daun betul..Mesyuarat dengan siapa lagi..tak lain dan tak bukan...EN. Wan Omar ..ni aku malas ni...kalo mesyuarat dengan dia mesti lambat abis..Tapi x apalah, kalau ada mesyuarat memang pun macam tu keadaan aku. Lagipun bukan kena buat apa pun, hanya mendengar bos bercakap itu dan ini, cuma sesekali menyampuk kalau ada yang tak kena. Dan aku, macam biasa tetap menjadi pendengar yang setia tanpa ada suara. Dah x ada benda nak tanya, aku hanya diam. Tapi bila aku dengar bab fail lambat dengan nama Dato’ mad..aku jadi panas telinga tadi dah panas, ni lagi bertambah panas...kalo terbakar..dah hangus rasanya..aku tau itu memang kes aku yela ibarat pepatah Melayu yang dah ditukar dengan versi aku..sesiapa yang makan peria..dialah yang merasa pahit...aku memang rasa pahit time ni...terus aku menyampuk..yerla..aku nak pertahankan kedudukan aku...kalo korang semua punya fikiran yang waras..nak cari fail dalam masa tiga minit..dalam masa yang sama bertugas di kaunter...boleh ker??? Berjalan nak ke tempat aku kat dalam tu dah satu minit..nak fikir n cari...nak ingat fail tu kat mana lagi...aku hanya manusia biasa..bukannya robot...kalo robot cari mungkin boleh dapat dalam masa 3 minit..xpun pakai mesin...tekan2 je keluar fail macam air kotak tu...tapi malangnya baru aku nak backup diri sendiri..dia dah potong cakap aku...ummmh..hampeh...malas lah aku nak cakap pasai ni lagi...menyakitkan hati..

Hooray dah abis meeting...aku nak balik..aku nak balik..nak cuci otak..nak relaks kan otak aku yang x rehat lagi dari tadi...baring atas sofa sudahnya aku terlena di situ...bunyi sms mengejutkan aku...tengok umah dah gelap..alamak dah dekat nak kul lapan...aku belum masak lagi..aku dah memang seorang yang kalut..bila dengar loceng je bertambah2 la kekalutan aku ni..laki aku dah balik...lauk x masak lagi..naseb bek laki aku ni jenis yang penyabar. Berkat kesungguhan aku...akhirnya siaplah daging masak merah aku..selepas selesai semuanya, makan ,mandi sembahyang..laki aku cerita yang malam tadi dia mimpi...aku n kawan2 campur lelaki pergi minum sama2...dalam masa yang sama aku teringat...aku pegi makan ayam kampung ari tu..x bagi tau dia..n secara spontan..aku terlepas cakap yang aku pg makan ayam kampung..alamak hatiku berbisik..mesti kena nanti...aduihh...ini bukan masa yang sesuai...lagipun bukannya aku sengaja xnak bagi tahu dia..masa tu kredit aku dah tamat tempoh..xleh nak send sms...

Semalaman, aku berfikir... berfikir mengapa kita selalu menyakitkan hati orang-orang yang dekat dengan kita? Sedangkan orang-orang itu selalu ada dan akan tetap ada di sisi kita bila diperlukan. Malah, apa pun berlaku, orang-orang itu tak pernah jemu menarik tangan kita bila tersadung akar dan tersungkur ke lantai. Tapi kenapa kita, ada masa-masanya tidak tahu menghargai? Atau kita sebetulnya cuba membutakan mata sendiri demi menutup segala kebaikan itu? Atau barangkali juga ada ego yang dijulang supaya tidak terus tercicir?
Tak tahulah...Mungkin orang-orang itu, sebenarnya tak bermaksud apa-apa bila berkata-kata atau sekadar nasihat yang kita pulak cepat ter'emo'. Pantang tercuit, cepat saja nak melatah dan membalas. Tak sedar rupa-rupanya kita dah besarkan benda yang remeh-temeh. Tapi sungguh... ada masanya, ada ketikanya, ada detiknya, mungkin ada satu rasa dalam diri kita yang orang lain tak dapat rasa. Muncul bila terasa diri dah melakukan kesilapan walaupun tak ada kesilapan yang dilakukan sebenarnya. Atau sebenarnya kita sedang dikejar bayang-bayang sendiri sebab dah banyak sangat buat salah dalam hidup. Tapi apa agaknya kesalahan yang dah dibuat? Huh... mungkin tak tahu nak jaga hati dan perasaan orang baik-baik macam orang jaga hati perasaan kita.
Jadi, kalau aku ada buat salah hingga menyebabkan ada orang terasa semalam dan hari ini, aku minta maaf banyak-banyak. Dah cuba buat yang terbaik, tapi di akhirnya, tetap juga ada kepincangan...
Alamak apa nak tulis lagi ye? Tiba-tiba hilang idea pulak. Tadi rasa macam nak menulis sangat, berkobar-kobar benar semangat ni. Tapi sekarang semuanya dah hilang macam angin, jari aje yang masih setia nak mengetuk. Mungkin ada begitu banyak benda dalam kepala ni yang minta dikeluarkan, berebut-rebut macam semut yang nak keluar dari sarang, tapi tak tahu pula mana satu yang patut dikeluarkan dulu dan mana satu yang patut disimpan dalam muzium sendiri. Sebab... ada benda yang boleh kita luahkan dan ada benda yang tidak mampu kita luahkan walaupun ingin. Hem... cete ajelah apa-apa yang aku rasa nak cetekan di sini. Untuk ingatan sendiri, kalau-kalau terlupa satu masa nanti. Tapi sebenarnya...aku datang keje ari nih bukan untuk update blog semata-mata...pagi2 tadi lepas mandi mood aku bertambah baik..n dalam kepala aku nak g opis nak update semua fail-fail...wah bersemangat waja ni..kla..kawan2..sampai sini je..sehingga bertemu lagi di post akan datang...
Posted by Nurezail at 12/19/2008 11:14:00 AM

2 comments:
**yatie** said...
Saper la yg dengki tu yer? org yang buat blog bukan tak buat keje...tp DAH BUAT KEJE. Jd,adalah masa nk buat...Jangan asyik dok nampak buat keje, tp dok kat tahap yg sama jer...tak gitu...?? hehehe
December 22, 2008 10:50 AM
Nurezail said...
Betul Tu...pedulikanla lalat2 tu semua...hahhahahah
December 22, 2008 11:41 AM
Post a Comment

0 comments:

 
Copyright @ 2009 Nurezail's Blog | Design By: safarina | Screen Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox

----TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI----