Pengalaman keguguran

hahhaahha...dulu citer pengalaman bersalin...skarang ni cerita pengalaman keguguran plak...aku sebenarnya hamil hampir 3 bulan tapi xde rezeki..akhirnya gugur jua...


ahad 8/5/11
Start bleeding warna coklat....pergi klinik lita alis...scan x nampak janin...dr. suh refer kat hospital...so aku bergegas ke hospital....pergi ke emergency....terus dibawa ke labour room..siap naik wheelchair lagi....kita bakor...hehheheh....mcm biasa perkara yang aku x berapa suka iaitu aktiviti seluk menyeluk...gilerrr.....x suka tapi nak wak camner...terpaksa terima....so, masa tu dr.. kata pintu rahim tertutup...so, dia scan atas masih jugak tak nampak janin cuma nampak kantung jer yang membesar...dalam kiraan 10 minggu camtulah kot....tak berapa yakin scan lagi ikut bawak...sik baik xsakit...pun masih sama x dapat detect jantung baby....keputusannya...datang lagi 23 may ni untuk repeat scan..kalau x nampak...kena buat D&C...berkemungkinan kantung kosong tanpa janin di dalamnya...

isnin aku mc, selasa aku keje...rabu aku mc...khamis aku keje...pada mulanya malas nak g keje tapi memikirkan kat opis xde org so, gagahkan jugak diri ke opis..khamis malam pegi klinik al-zahra kat bangi saje nak check...aku malas nak g hospital sebab dr. lelaki...pergi al-zahra sama jugak kena seluk n dr. cakap jalan dah bukak so, pergi ke hospital segera...bila2 masa jer boleh gugur ni...mmg x dapat diselamatkan dah ni...so, biasa lah aku degil sikit...pergi soho makan dulu...dah rasa sakit perut sikit...sakit rasa mcm nak bersalin pun ada...aku tahan je sampai aku abis makan...pastu balik umah dulu...my hubby dah ajak pegi hospital...aku tetap jugak berdegil nak pegi esok jer...balik2 umah..sakit perut tak tertahan dah...masuk bilik air...terus keluar seketul...dalam besar penumbuk tangan ni...nampak mcam karung.......lega rasa...hilang sakit seketika....lepas tu darah makin banyak keluar...walaupun pakai pad...meleleh kuar sampai ke kaki...mcm dalam drama plak...pastu my hubby terus bawak g hospital...n pergi ke laboor room...jumpa dr. yang sama jugak....alamak mati la aku...macam2 dia interview aku...last sekali dia tanya kenapa pegi al-zahra....aku pun mencipta alasan sebenarnya aku nak g makan masa tuh...pastu dr tuh terus menjawab...xpe2 saya x kisah pun...hehhe...dia mcm senyum....aku dah agak dah...dia mcm tau jer aku buat alasan jer tuh...hihihih... aktiviti biasa seluk menyeluk....rasa nak nangis...masih banyak darah lagi...dr. scan tengok ada 24mm lagi...so, kena masuk ot esok untuk dicuci (D&C)....frustnya...ingatkan dah kuar abis tadi...

so, malam tu aku bermalam di labour room....kena puasa start kul 2.00 pagi...x berapa boleh tido coz bising...kejap2 dengar org nak bersalin...suara jururawat menjerit push2...1,2,3 push...pas tu dengar suara baby...mcm best jer...hehhehe....dalam kul 4 pagi dr. masuk suh sign borang apa ntah...aku dah mamai....sign jelah...aku sedar dalam kul 7...sejuk giler tidur kat sini....kul 8.00 dr datang....dia cuma ckap aku memang kena proceed masuk ot...tapi x tau bila....tunggu ot kosong...coz dia utamakan orang nak bersalin dulu...tungu punya tunggu...pukul 11 baru dia usung aku ke sana..tukar baju bagai...pakai tutup kepala tuh...betul2 mcm nak bawak g operate...sangat menakutkan...berdebar2 hatiku waktu diusung....sebelum masuk dewan bedah kena soal dulu...ada pakai lens...ada pakai gigi palsu....gigi ada goyang...semua tu xde...so, terus masuk n tanya lagi...ada masalah kesihatan lain...aku bagitau yang aku batuk...so, dia cakap xleh nak bius penuh sebab aku batuk...jadi dia bius aku separuh jer....nasib baik masa dia buat tu tak rasa apa2 langsung...dengar dorang bersembang n kecoh kat dalam tuh...tapi tak rasa apa2...dr. cakap ngan aku...dorang tuh mmg kecoh sikit...aku senyum jer...pastu aku ckap kat dr....aku sejuk tak tahan...cakap pun dah menggigil...dr. ckap biasalah kat sini mmg sejuk...nanti dah selesai saya bagi awak pemanas...tak lama lepas tu siap...kakiku langsung xleh gerak...kesan ubat bius...ditolaknya aku ke bilik pemanas..lega sikit rasa...dalam setengah jam duk kat bilik pemulihan tuh....nurse dari labour room datang mengambil ku...aku ditolak lagi sampai labour...nak masuk wad...wad penuh...so, rehat la aku lat labour room....masa tu lapar gila rasa....nak minum x boleh...kena puasa lagi 6 jam dahla kat labour room tu diaorang ada jamuan...siap bau nasi beriani lagi...aduh siksanya perutku ini...dalam kul 3.00 macam tuh...nurse dari wad 2b datang mengusungku lagi untuk ditempatkan di wad...rimas betul aku...duk la sekejap kat wad 2b...my hubby cakap ngan dr. nak suh aku balik...aku pun mmg nak balik...dr. cakap kalu xde pape mmg boleh balik...tunggu dr. lagi sorang datang plak..aduih...malas betul nak menunggu nih...jam dah menunjukkan pukul 6.00 petang...waktu yang ditunggu2 dah tiba...aku lapar nih...nak makan...laki aku cakap ngan dr. pastu nurse pun datang bukak kan tiub kencing...lega rasa.... dr. pun datang jugak check aku, check pad, check perut bagai, check mata, check tangan...ok dah boleh balik..pastu dengar lah dua org nurse nih duk mengomel bagus dr. bagi patient balik...kurang asam nurse nih saje je kan....pastu dr pun cakap kesian kat suami n anak dia...tu pun suami dia dah minta balik...nasib baik...aku mmg tak nak duk dalam wad...x suka, xleh tido..tapi still jugak kena tunggu dr. yang satu lagi....sambil menunggu dr. aku pun makan n minum...leganya rasa perut nih....dah ada tenaga balik...dalam kul 7 lebih...dr. datang...dia tanya ade pening2..xde...check mata check tangan, check perut...ok...pastu dia tanya betul ke nak balik nih...cepat jer aku jawab...yer saya nak balik dr..ok saya bg awak balik tapi kalau ade tumpah darah cepat2 datang hospital balik...ok aku mengangguk...bila dia ckp boleh balik...hurayyyyy....aku g tukar baju...kul 8 lebih aku keluar wad...sekarang berpantang mcm biasa....

Heppy 1st Besday Puteri Zara Elisya binti Mohsen Rezail


Pejam celik2...dah setahun rupanya masa berlalu....selamat menyambut ulang tahun kelahiran yg pertama anakku...mama sentiasa mendoakan licha sentiasa sihat serta dilindungi Allah s.w.t....xde apa yang mama inginkan selain melihat anak mama membesar dengan sihat di depan mata...semoga puteri mama menjadi anak yang solehah,anak yang menghormati ibu bapa serta berjaya di dunia dan akhirat....sempena untuk meraikan si kecit sorang ni...aku n hubby bawa dia g bercuti ke genting highland...seronok tapi kat sana xde kek atau aku yg x jumpa cari...so, kt umah baru boleh potong kek...xpela yg penting kita satu family happy....sorry mama x buat birthday party untuk licha....cukuplah sekadar kita bertiga je yang berparty...hehehheh...:)

HE'S BEAUTIFUL


Konflik bermula ketika pengurus band tersebut, Ma Hoon-Lee, bertegas untuk mendapatkan ahli baru sejak vokalisnya, Tae-Kyeong sudah tidak boleh menyanyi lagi. Calon yang mereka pilih ialah Mi Nam yang perlu menjalani pembedahan mata di Amerika Syarikat. Kejadian menjadi huru-hara sehinggakan Hoon-Lee terpaksa merayu kepada Go Mi-Nyu yang merupakan kembar kepada Mi Nam untuk menggantikan tempat kembarnya sehingga Mi Nam sembuh.

Demi abang kembarnya, Mi-Nyu dengan berat hati bersetuju untuk menyamar sebagai lelaki kerana tidak mahu merosakkan peluang abangnya untuk menjadi terkenal sekaligus memudahkan mereka untuk mencari ibu kandung mereka. Pasangan kembar Mi-Nyu dan Mi Nam ini dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak pernah mengetahui siapkah ibu bapa mereka yang sebenar
Keadaan menjadi lebih rumit apabila, Mi-Nyu seolah-olah tidak dapat menyesuaikan diri setelah dia menjadi terkenal. Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Shin-Woo adalah orang yang pertama mengetahui tentang rahsia Mi-Nyu namun tidak membocorkan rahsia itu kepada sesiapa. Shin-Woo cuba membantu Mi-Nyu dan tanpa disedari beliau mula menaruh hati kepada Mi-Nyu. Ketika dia cuba membantu Mi-Nyu sedari sudah mula jatuh hati kepada Mi-Nyu.

Tae-Kyeong juga mengetahui mengenai rahsia Mi-Nyu dan cuba untuk menyingkirkan dia dari kumpulan terbabit. Tetapi selepas dia mendengar rayuannya dan mengetahui bahawa dengan muncul di kaca televisyen adalah peluang untuk Mi-Nyu mencari ibu kandungnya, dia turut simpati dengan nasib dua beradik itu.
Rahsia Mi-Nyu itu turut diketahui oleh seorang penyanyi pop Yu Hee-Yi. Ketika media menyiarkan cerita sensasi bahawa Hee-Yi dan Tae-Kyeong sedang bercinta, Hee-Yi mengugut untuk membocorkan rahsia mereka dan memaksa Tae-Kyeong berpura-pura dan mengaku bahawa mereka berdua bercinta. Hee-Yi menggunakan helah ini untuk kepentingannya sendiri. Beliau bersetuju untuk mengumumkan percintaan beliau dengan Tae-Kyeong dalam satu sidang akhbar dan Tae-Kyeong bersetuju dengan rancangan tersebut untuk melindungi Mi-Nyu.
Namun dalam diam Hee-Yi mula jatuh hati dengan Tae-Kyeong..

Mi-Nyu suka Tae Kyong...n Tae Kyong pun suka Mi- Nyu...Shin Woo n Jeremi pun suka Mi-nyu...Wow best nyer..



Sweet Couple...I Like

Go Mi Nam atau Go Mi Nyu


Hwang Tae Kyung

Citer ni sebenarnya ada kat 8tv sekarang ni...tak tau la episod berapa sekarang ni...aku tgk ni pun pinjam cd kak ila...tapi mmg best citer nih....kelakar n sedih...x rugi nengok...

 
Copyright @ 2009 Nurezail's Blog | Design By: safarina | Screen Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox

----TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI----