HE'S BEAUTIFUL


Konflik bermula ketika pengurus band tersebut, Ma Hoon-Lee, bertegas untuk mendapatkan ahli baru sejak vokalisnya, Tae-Kyeong sudah tidak boleh menyanyi lagi. Calon yang mereka pilih ialah Mi Nam yang perlu menjalani pembedahan mata di Amerika Syarikat. Kejadian menjadi huru-hara sehinggakan Hoon-Lee terpaksa merayu kepada Go Mi-Nyu yang merupakan kembar kepada Mi Nam untuk menggantikan tempat kembarnya sehingga Mi Nam sembuh.

Demi abang kembarnya, Mi-Nyu dengan berat hati bersetuju untuk menyamar sebagai lelaki kerana tidak mahu merosakkan peluang abangnya untuk menjadi terkenal sekaligus memudahkan mereka untuk mencari ibu kandung mereka. Pasangan kembar Mi-Nyu dan Mi Nam ini dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak pernah mengetahui siapkah ibu bapa mereka yang sebenar
Keadaan menjadi lebih rumit apabila, Mi-Nyu seolah-olah tidak dapat menyesuaikan diri setelah dia menjadi terkenal. Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Shin-Woo adalah orang yang pertama mengetahui tentang rahsia Mi-Nyu namun tidak membocorkan rahsia itu kepada sesiapa. Shin-Woo cuba membantu Mi-Nyu dan tanpa disedari beliau mula menaruh hati kepada Mi-Nyu. Ketika dia cuba membantu Mi-Nyu sedari sudah mula jatuh hati kepada Mi-Nyu.

Tae-Kyeong juga mengetahui mengenai rahsia Mi-Nyu dan cuba untuk menyingkirkan dia dari kumpulan terbabit. Tetapi selepas dia mendengar rayuannya dan mengetahui bahawa dengan muncul di kaca televisyen adalah peluang untuk Mi-Nyu mencari ibu kandungnya, dia turut simpati dengan nasib dua beradik itu.
Rahsia Mi-Nyu itu turut diketahui oleh seorang penyanyi pop Yu Hee-Yi. Ketika media menyiarkan cerita sensasi bahawa Hee-Yi dan Tae-Kyeong sedang bercinta, Hee-Yi mengugut untuk membocorkan rahsia mereka dan memaksa Tae-Kyeong berpura-pura dan mengaku bahawa mereka berdua bercinta. Hee-Yi menggunakan helah ini untuk kepentingannya sendiri. Beliau bersetuju untuk mengumumkan percintaan beliau dengan Tae-Kyeong dalam satu sidang akhbar dan Tae-Kyeong bersetuju dengan rancangan tersebut untuk melindungi Mi-Nyu.
Namun dalam diam Hee-Yi mula jatuh hati dengan Tae-Kyeong..

Mi-Nyu suka Tae Kyong...n Tae Kyong pun suka Mi- Nyu...Shin Woo n Jeremi pun suka Mi-nyu...Wow best nyer..



Sweet Couple...I Like

Go Mi Nam atau Go Mi Nyu


Hwang Tae Kyung

Citer ni sebenarnya ada kat 8tv sekarang ni...tak tau la episod berapa sekarang ni...aku tgk ni pun pinjam cd kak ila...tapi mmg best citer nih....kelakar n sedih...x rugi nengok...

0 comments:

 
Copyright @ 2009 Nurezail's Blog | Design By: safarina | Screen Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox

----TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG INI----